Pelantikan Tengku Muhammad Fa-iz Petra

Baginda telah diisytiharkan sebagai Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Kelantan sempena sambutan ulangtahun ke-40 keputeraan Al-Sultan Kelantan pada tanggal 30 Mac 1989 dan merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ke-17 dari 21 Jun 2009 hingga 18 Mac 2019.

Baginda telah dimasyhurkan sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan setelah dipertimbangkan oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Majlis rasmi penyerahan pelantikan Baginda sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah diadakan bertempat di Istana Negeri, Kubang Kerian pada tanggal 18 Oktober 2010.

Menurut Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan, Baginda boleh dilantik sebagai pemerintah atau Pemangku Raja Kelantan sekiranya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan berada di luar negeri dalam tempoh melebihi 12 bulan ataupun tidak mampu menjalankan tugasan rasmi baginda, melebihi tempoh yang sama.

Baginda telah dipakai pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) Tentera Laut D’Raja Malaysia (TLDM) pada 5 April 2013.

Pada 8 Disember 2016, baginda telah dilantik sebagai Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan apabila kekanda baginda Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Baginda dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 19 September 2011 sebelum dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan pada 16 Februari 2017.

Pada 23 November 2022, baginda telah dilantik semula sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan setelah kekanda baginda, Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Tuanku Canselor yang baharu.[2]

Rujukan

WikiPedia: Tengku Muhammad Fa-iz Petra http://www.royalark.net/Malaysia/kelant8.htm http://www.umk.edu.my/rasmi/en/index.php/info-umk/... http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/201... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/... https://www.hmetro.com.my/utama/2019/04/441568/ten... https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/22259 https://www.sinarharian.com.my/article/233063/beri... https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/202... https://sinarplus.sinarharian.com.my/kisah-masyara...